awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing kukuhkan hubungan diplomatik Malaysia

Bernama
Bernama
17/03/2025
14:46 MYT
Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing kukuhkan hubungan diplomatik Malaysia
Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kekebalan Negara Asing Bilangan 1 Tahun 2025 iaitu mesyuarat pertama selepas Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 (Akta 853) dikuatkuasakan. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 dapat mempromosi dan mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara asing lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata penguatkuasaan akta itu pada 30 Ogos tahun lepas juga dapat mencerminkan prinsip undang-undang antarabangsa awam mengenai kekebalan negara.
Beliau berkata pelaksanaan akta itu juga penting, bagi memastikan Malaysia sentiasa berdaya saing di platform antarabangsa, seterusnya meningkatkan ekonomi dan menjamin keselamatan negara hatta satu langkah untuk meningkatkan keyakinan pelabur mengenai perundangan negara yang memberi perlindungan kepada mereka.
"Ini juga antara inisiatif reformasi institusi, yang Malaysia menerima pakai secara zahir undang-undang adat antarabangsa, yang menetapkan bahawa sesebuah negara dilindungi daripada tindakan dan prosiding di mahkamah negara asing," kata beliau.
Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kekebalan Negara Asing Bilangan 1 Tahun 2025 iaitu mesyuarat pertama selepas Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 (Akta 853) dikuatkuasakan.
Beliau berkata mesyuarat bertujuan memberi penerangan mengenai fungsi, kuasa serta keanggotaan Majlis Kekebalan Negara Asing serta membincangkan proses permohonan kekebalan di bawah Akta 853.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Akta 853
#adat antarabangsa
#hubungan diplomatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan