awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Alhamdulillah dan tahniah ayahanda! Saya sangat gembira', ucap Putera Selangor

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
02/09/2016
11:35 MYT
'Alhamdulillah dan tahniah ayahanda! Saya sangat gembira', ucap Putera Selangor
Anak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Syah mengucapkan tahniah kepada ayahandanya yang selamat diijabkabul dengan pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, 31 Ogos lepas.
PUTERA Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Syah mengucapkan tahniah kepada ayahandanya atas pernikahan baginda.
Sultan Sharafudiin selamat diijabkabul dengan bekas pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, 31 Ogos lepas.
Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan hari ini.
Tengku Amir melahirkan rasa gembira atas keputusan ayahandanya itu, menerusi sebuah posting yang menyentuh hati.
Tengku Amir memuji Sultan Sharafuddin atas segala bimbingan dan pengorbanan yang dilakukan oleh baginda.
"Perhubungan kami sama seperti perhubungan bapa-anak yang lain.
"Dia memberikan saya hidup, berkorban untuk saya, membesarkan saya, membimbing saya, dan menjadi contoh terbaik kepada saya untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat,” tulis Tengku Shah dalam laman Instagram.
A father is a man like no other. Our relationship is as normal as other father and sons. He gave me life, sacrificed for me, brought me up to be a man, guided me when I am down and the best example to me of how to become a great leader. A strong willed man, a brave fighter, a Sultan full of wisdom and compassion adored by his people. I have nothing but admiration for this one man I call Dad. I will always be supportive and stand behind you as your warrior, I am forever proud to be your son. Alhamdulillah and congratulations Dad! I am super happy for you ❤
A photo posted by Tengku Amir Shah (@rmselangor) on
Sep 1, 2016 at 8:29pm PDT
Menyifatkan Sultan sebagai seorang pejuang yang berani, bijak dan kuat semangat, Raja Muda Selangor itu berkata, “Saya sangat kagum dengan lelaki ini yang saya panggil ayah.”
"Saya akan sentiasa menyokong dan berdiri di belakang anda sebagai pahlawanmu, saya akan sentiasa bangga untuk menjadi anakmu.
"Alhamdulillah dan tahniah ayahanda! Saya sangat gembira," ucap putera berusia 25 tahun itu.
Norashikin, 45, yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik.
Beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005).
Majlis pernikahan selamat disempurnakan pada pagi 31 Ogos di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana dan ringkas
Topic Berkaitan
#perkahwinan
#Sultan Selangor
#Tengku Amir Syah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan