awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik dari Pantai Timur ke Lembah Klang sesak, utara dan selatan terkawal

Bernama
Bernama
14/04/2024
15:33 MYT
Aliran trafik dari Pantai Timur ke Lembah Klang sesak, utara dan selatan terkawal
Aliran trafik di lebuh raya dari pantai timur menuju Lembah Klang masih sesak malam ini manakala trafik dari utara dan selatan semakin terkawal. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya dari pantai timur menuju Lembah Klang masih sesak malam ini manakala trafik dari utara dan selatan semakin terkawal.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata setakat 9 malam ini, bagi pantai timur kenderaan memenuhi lebuh raya dari Lancang ke Karak.
"Kesesakan berlaku menuju hingga ke Plaza Tol Gombak," katanya ketika dihubungi.
Menurut jurucakap berkenaan aliran trafik dari utara dan selatan menuju ke Lembah Klang dilaporkan dalam keadaan terkawal dan kesesakan hanya berlaku di beberapa lokasi antaranya di Sungai Petani ke Sungai Dua, Gua Tempurung ke Tapah dan Tanjung Malim ke Bukit Beruntung.
"Kesesakan turut berlaku dari Simpang Ampat ke Senawang dan menuju Seremban," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#sesak
#Pantai Timur
#Lembah Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan