awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran angin kencang, laut bergelora

Bernama
Bernama
20/12/2012
03:39 MYT
Amaran angin kencang, laut bergelora
Amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur dinaikkan taraf ke kategori kedua hari ini dengan ombak dijangka mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga 3 Jan depan.
Sementara itu, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj berserta ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Pahang, Johor Timur, Tioman, pedalaman Sabah, serta Pantai Barat, Kudat,dan Sandakan di negeri itu, Labuan, Sarawak, Bunguran, Reef South dan Sulu secara berterusan dalam tempoh masa yang sama.
Sementara kawasan pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dijangka terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut secara berterusan sehingga Rabu depan, menurut jabatan itu.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada aktiviti perkapalan, perkhidmatan feri bot-bot kecil, rekreasi laut, sukan laut dan termasuk penangkapan ikan, menurutnya.
Topic Berkaitan
#angin kencang
#Jabatan Meteorologi
#Kelantan
#laut bergelora
#Pantai Timur
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan