awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran cuaca waspada peringkat kuning di empat negeri

Bernama
Bernama
06/12/2019
12:26 MYT
Amaran cuaca waspada peringkat kuning di empat negeri
Bagi Terengganu, Pahang dan Johor Timur, keadaan hujan berterusan itu akan bermula esok hingga Ahad (8 Disember). - Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) petang ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan berterusan bagi beberapa kawasan di Sarawak sehingga esok (Sabtu, 7 Disember).
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.
Sementara itu bagi Terengganu, Pahang dan Johor Timur keadaan hujan berterusan itu akan bermula esok hingga Ahad (8 Disember).
Kawasan yang terlibat ialah di Dungun dan Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang, serta Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.
Angin kencang dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam (km/jam) juga dijangka boleh berlaku di perairan negeri berkenaan dengan ombak mencapai 3.5 meter.
"Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca buruk
#hujan lebat
#Johor
#limpahan air laut
#met malaysia
#Pahang
#Sarawak
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan