awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambulans bawa wanita mengandung dirempuh SUV

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
26/02/2019
12:28 MYT
Ambulans bawa wanita mengandung dirempuh SUV
Kemalangan berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, pada Selasa - Foto media sosial
Seorang wanita mengandung berhadapan detik cemas selepas ambulans yang mengejarnya ke Hospital Umum Sarawak terbalik, selepas dirempuh sebuah SUV di Kuching, pagi Selasa.
Menurut saksi, kejadian tersebut berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, ketika wanita berkenaan sedang dikejarkan ke hospital berkenaan dari Kota Samarahan.
Ketika kebanyakan kereta di hadapannya berhenti untuk memberi ruang kecemasan kepada ambulans tersebut, kenderaan SUV dari Jalan Green bergerak laju dari lorong paling kiri sebelum merempuh ambulans itu.
Rempuhan bahagian tepi itu menyebabkan ambulans tersebut terbalik sebelum dihentikan pembahagi jalan.
Wanita berusia 40-an dari Kampung Nakong, Samarahan itu kemudian segera dikejarkan ke hospital oleh orang ramai bersama-sama pemandu dan pembantu perubatan.
Kesemua mangsa dilaporkan stabil.
Topic Berkaitan
#Ambulans
#Jalan Green
#Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
#kemalangan
#kenderaan SUV
#Kota Samarahan
#wanita mengandung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan