awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan sertai perhimpunan Hari al-Quds di Tehran tanda solidariti kepada Palestin
Remaja maut, motosikal terbabas dalam longkang di Kampar
PERHILITAN pasang perangkap kamera kesan harimau - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amir Hamzah adakan pertemuan dua hala bersama Timbalan PM Thailand

Bernama
Bernama
08/03/2026
01:04 MYT
Amir Hamzah adakan pertemuan dua hala bersama Timbalan PM Thailand
Amir Hamzah (kiri) berjabat tangan dengan Dr Ekniti Nitithanprapas ketika mengadakan pertemuan di Kementerian Kewangan Thailand, pada Jumaat lalu. - Gambar X
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Thailand, Dr Ekniti Nitithanprapas di Kementerian Kewangan Thailand.
Pertemuan tersebut menjadi ruang untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai perkembangan ekonomi semasa, katanya menerusi hantaran di laman rasmi media sosial ‘X’.
Turut bersama dalam pertemuan berkenaan ialah Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
Amir Hamzah berkata, pertemuan itu pada Jumaat itu juga meluaskan hubungan serta kerjasama antara Malaysia dan Thailand.
Malaysia dan Thailand menetapkan sasaran perdagangan dua hala AS$30 bilion menjelang 2027, dengan fokus pada perdagangan rentas sempadan, industri halal, dan getah.
Projek infrastruktur seperti Jambatan Kedua Rantau Panjang-Sungai Golok dan jajaran jalan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam-Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao dijangka meningkatkan perdagangan, pelaburan, dan pelancongan.
Amir Hamzah dan Abdul Rasheed berada di Bangkok baru-baru ini untuk menghadiri “Persidangan Asia Pada 2050” anjuran Bank of Thailand dengan kerjasama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Persidangan itu menghimpunkan pakar, pembuat dasar dan pemimpin industri dari seluruh rantau ini bagi menggalakkan pertukaran maklumat serta pemikiran inovatif mengenai cabaran dan peluang masa depan rantau ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amir Hamzah
#Abdul Rasheed Ghaffour
#IMF
#TPM Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan