awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komponen Simpanan kini aset strategik Tentera Darat Malaysia – Raja Muda Perlis
KPDN, APMM Selangor periksa 50 kapal, bot dalam operasi khas di perairan Pelabuhan Klang
Ribuan sertai perhimpunan Hari al-Quds di Tehran tanda solidariti kepada Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut, motosikal terbabas dalam longkang di Kampar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/03/2026
23:20 MYT
Remaja maut, motosikal terbabas dalam longkang di Kampar
Polis memeriksa mayat remaja yang maut selepas motosikalnya terbabas ke dalam longkang di Kampar malam tadi. - Foto PDRM
Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang di Jalan Pasar, Kampar malam tadi.
Mangsa, Lew Rok Yew, 17 tahun, yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud memaklumkan, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu pada jam 10.08 malam.
“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati, sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC telah berada di dalam longkang dan mangsa terbaring di sebelah kenderaan itu dengan kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat bagaimana kemalangan itu berlaku.
Menurutnya, motosikal berkenaan adalah milik ayah mangsa dan kejadian berlaku di jalan yang berselekoh.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#remaja maut
#penunggang motosikal maut
#Kampar
#motosikal terbabas dalam longkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan