awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komponen Simpanan kini aset strategik Tentera Darat Malaysia – Raja Muda Perlis
KPDN, APMM Selangor periksa 50 kapal, bot dalam operasi khas di perairan Pelabuhan Klang
Ribuan sertai perhimpunan Hari al-Quds di Tehran tanda solidariti kepada Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PERHILITAN pasang perangkap kamera kesan harimau - Exco

Bernama
Bernama
13/03/2026
23:17 MYT
PERHILITAN pasang perangkap kamera kesan harimau - Exco
Pada 9 Mac lalu, tular video memaparkan orang awam yang menaiki kenderaan terserempak dengan harimau besar di sebuah belukar di Kampung Rahmat, Sri Lalang, Kluang. - Foto Sinar Harian
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah memasang perangkap kamera di beberapa lokasi strategik di Kampung Rahmat, Sri Lalang, Kluang bagi memantau pergerakan seekor harimau yang dilaporkan dilihat di kawasan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor Ling Tian Soon berkata langkah tersebut dilakukan susulan penularan maklumat di media sosial mengenai kehadiran seekor harimau di kawasan tersebut.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan keselamatan penduduk setempat sentiasa terjamin selain membantu pihak berkuasa menilai situasi sebenar di kawasan berkenaan.
"Saya sendiri telah turun padang bersama pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi meninjau situasi di lokasi yang dilaporkan.
"Hasil pemantauan awal mendapati pihak PERHILITAN telah mengambil tindakan segera dengan memasang perangkap kamera (camera trap) di beberapa lokasi strategik bagi memantau pergerakan haiwan tersebut serta mengenal pasti kekerapan kehadirannya," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya.
Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau panik, dan meminta kerjasama semua pihak supaya pihak berkuasa dapat mengendalikan situasi ini dengan baik.
Beliau turut mengingatkan orang supaya tidak mendekati, mengejar atau melakukan provokasi sekiranya terserempak dengan hidupan liar itu.
"Segera beredar dari kawasan tersebut dan maklumkan kepada pihak PERHILITAN atau pihak berkuasa berhampiran untuk tindakan lanjut.
"Kerajaan negeri terus bekerjasama rapat dengan PERHILITAN bagi memantau perkembangan situasi ini dari semasa ke semasa serta memastikan langkah sewajarnya diambil demi keselamatan masyarakat dan pemeliharaan hidupan liar," katanya.
Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 40 saat memaparkan orang awam yang menaiki sebuah kenderaan terserempak dengan seekor harimau bersaiz besar di sebuah belukar di Kampung Rahmat, Sri Lalang, Kluang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau
#Kluang
#Perhilitan
#Ling Ting Soon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan