awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak belasah ibu kerana lambat sediakan makanan dan enggan beri wang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
12/09/2018
09:21 MYT
Anak belasah ibu kerana lambat sediakan makanan dan enggan beri wang
Suspek berusia 35 tahun turut memukul adik lelakinya yang ketika itu cuba menghalang suspek daripada terus memukul ibu mereka yang berusia 65 tahun. - Foto ehsan PDRM
Gara-gara lambat menyediakan makanan dan enggan memberikan wang, seorang anak tergamak membelasah ibunya di rumah mereka di Kampung Pengkalan Bogor, Kepala Batas Pulau Pinang, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, suspek berusia 35 tahun turut memukul adik lelakinya yang ketika itu cuba menghalang suspek daripada terus memukul ibu mereka yang berusia 65 tahun.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor memaklumkan suspek menggunakan penyapu dan memukul kepala serta badan ibunya sebelum membaling kerusi plastik ke arah adiknya yang berusia 18 taun.
Tambah Noorzainy, hasil pemeriksaan doktor di Hospital Kepala Batas mendapati ibu suspek mengalami benjol di kepala, lebam dan cedera belakang badan manakala adiknya yang berusia 18 tahun calar di tangan kiri.
"Susulan kejadian itu, ibu suspek membuat laporan polis di atas tindakan anak kandung kelimanya," katanya.
Noorzainy berkata, lelaki itu berjaya ditangkap dan siasatan mendapati suspek sebelum ini kerap mengamuk terutama apabila gagal mendapat wang dipercayai untuk membeli dadah.
Pemeriksaan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau kerana kesalahan dadah.
Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#anak
#Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor
#belasah
#ibu
#Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara
#makanan
#pukul
#wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan