awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Sarawak bangunkan GoHet sebagai alternatif kedai runcit

Astro Awani
Astro Awani
11/05/2020
09:19 MYT
Anak Sarawak bangunkan GoHet sebagai alternatif kedai runcit
GoHet memberi pilihan kepada pengguna untuk berbelanja barangan keperluan dari rumah.- Foto GoHet
Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak akan bermula pada 12 Mei ini.
Biarpun terdapat kelonggaran untuk orang awam sepanjang penguatkuasaan PKPB ini, namun mereka masih perlu mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Untuk itu bagi memudahkan orang awam khususnya di Bumi Kenyalang bagi membeli barangan keperluan, seorang anak jati Sarawak, Marwan Jaya Abdullah, 39, membangunkan platform kedai runcit dalam talian, GoHet.
GoHet ketika ini menyediakan 17 jenis barangan keperluan seperti barangan dapur, makanan segera dan alat pembersihan khusus untuk warga Kuching.
Menurut Marwan, platform yang dibangunkannya mampu untuk membolehkan orang awam untuk tidak keluar dari kediaman sekiranya tiada keperluan untuk berbuat demikian.
“Memang sudah ada pelbagi aplikasi digital dibangunkan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan barangan keperluan.
“Tetapi saya merasakan ia perlu dipelbagaikan dan diperhebatkan agar masyarakat mempunyai pilihan untuk memenuhi keperluan barangan harian,” ujarnya.
Menerusi platform tersebut, setiap pembelian dan pembayaran boleh dilakukan setiap hari mulai 9 pagi hingga 6 petang.
Manakala proses penghantaran akan dilakukan pada hari seterusnya selepas jam 12 tengah hari.
Jelas Marwan, segala aspek keselamatan diri dan juga barangan yang dihantar juga dititikberatkan megikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM.
“Sebelum proses penghantaran dilakukan, kami akan memastikan setiap barangan yang akan dihantar disanitasi terlebih dahulu.
“Malah pihak kami juga mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) bagi memastikan kami tidak terdedah kepada sebarang risiko jangkitan," katanya.
GoHet boleh dilayari di laman web www.gohet.com.my.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#digital
#GOHET
#KKM
#Marwan Jaya Abdullah
#PKPB
#PPE
#Sarawak
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan