awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota MALBATT 850-13 di Lubnan diarah henti pergerakan operasi

Bernama
Bernama
31/03/2026
06:59 MYT
Anggota MALBATT 850-13 di Lubnan diarah henti pergerakan operasi
Malaysia menegaskan sebarang serangan terhadap pasukan pengaman merupakan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta Resolusi 1701 UNSC. - Gambar/ FB MALBATT 850-13
Anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 di selatan Lubnan diarahkan untuk tidak melaksanakan sebarang pergerakan operasi buat masa ini sebagai langkah berjaga-jaga susulan perkembangan keselamatan semasa.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini selaras dengan arahan Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).
Beliau berkata arahan itu dikeluarkan susulan dua insiden berasingan dalam tempoh 24 jam melibatkan pasukan pengaman UNIFIL, termasuk letupan projektil berhampiran Adchit Al Qusayr serta insiden letupan Improvised Explosive Device (IED) yang melibatkan kontinjen Indonesia (INDOBATT).
“Insiden-insiden tersebut telah mengorbankan anggota-anggota pengaman serta menyebabkan kecederaan serius kepada beberapa yang lain.
“Kementerian Pertahanan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban serta mendoakan agar anggota yang cedera diberikan kesembuhan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamed Khaled berkata Malaysia menegaskan bahawa sebarang serangan terhadap pasukan pengaman merupakan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Katanya tahap keselamatan telah dipertingkatkan kepada semua kontinjen di kawasan misi berdasarkan situasi semasa di selatan Lubnan.
“Langkah ini merangkumi pematuhan berterusan kepada prosedur operasi standard (SOP), pengukuhan pelaksanaan Rules of Engagement (ROE), pemberhentian sementara pergerakan rondaan, peningkatan langkah Force Protection serta penilaian situasi secara berterusan,” katanya.
Beliau berkata pada masa ini, semua anggota MALBATT 850-13 disahkan berada dalam keadaan selamat dan keselamatan mereka kekal menjadi keutamaan utama kerajaan.
“Segala penugasan dan pergerakan dilaksanakan secara berhati-hati berdasarkan penilaian situasi semasa serta arahan operasi UNIFIL,” katanya.
Tiga anggota pengaman PBB dilaporkan maut dan beberapa lagi cedera susulan dua insiden yang berlaku di selatan Lubnan dalam tempoh 24 jam.
Indonesia pada Isnin mengesahkan seorang anggota pengamannya maut manakala tiga yang lain cedera selepas bedilan artileri tidak langsung mengenai satu pos UNIFIL manakala dua lagi anggota pengaman terkorban dalam satu “letupan yang tidak diketahui puncanya” yang memusnahkan kenderaan mereka berhampiran Bani Hayyan di daerah Marjeyoun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lubnan
#MALBATT
#ancaman keselamatan
#kekejaman israel
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan