awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ari Lesmana pertaruh konsert Solo 'MANGU' di Zepp KL Ogos Ini
Agong, Raja Permaisuri dikurniakan cucunda ketujuh
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota MALBATT dinasihat utamakan SOP keselamatan

Bernama
Bernama
08/03/2026
14:47 MYT
Anggota MALBATT dinasihat utamakan SOP keselamatan
Adly berkata, Malaysia sentiasa komited dalam menyokong misi pengaman antarabangsa bagi memastikan keamanan dunia terus terpelihara. - Gambar Facebook MALBATT
Semua anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan penugasan pengamanan di selatan Lubnan berada dalam keadaan selamat walaupun kedudukan mereka berhampiran zon konflik melibatkan Israel dan Iran.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kira-kira 500 anggota MALBATT yang sedang berkhidmat ketika ini dinasihatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin sepanjang menjalankan misi tersebut.
Beliau berkata, penugasan pasukan itu di Lubnan adalah di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Malaysia tidak terlibat dalam sebarang konflik peperangan di kawasan berkenaan.
“Tugas kita untuk menjaga keamanan serta membantu masyarakat setempat yang memerlukan bantuan kemanusiaan,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Berbuka Puasa Timbalan Menteri Pertahanan bersama Pekerja Pembersihan dan Rakan Media di Japerun Durian Tunggal, di sini, pada Ahad.
Adly berkata, Malaysia sentiasa komited dalam menyokong misi pengaman antarabangsa bagi memastikan keamanan dunia terus terpelihara.
Dalam perkembangan berkaitan, Adly turut menasihatkan rakyat Malaysia yang masih berada di kawasan konflik supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan mematuhi nasihat pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Terdahulu pada majlis berkenaan, beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 100 pekerja pembersihan yang berkhidmat dalam Parlimen Alor Gajah dan Masjid Tanah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik
#Asia Barat
#MALBATT
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan