awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota PGA tekad jaga sempadan, cekal hati jauh daripada keluarga

Bernama
Bernama
13/05/2021
04:19 MYT
Anggota PGA tekad jaga sempadan, cekal hati jauh daripada keluarga
Batalion 18 PGA bertugas mengawal sempadan negara bermula 1 Mei hingga 1 Jun. - Foto BERNAMA
PADANG BESAR: Meskipun terpaksa menyambut Aidilfitri ketika sedang bertugas mengawal sempadan negara daripada dibolosi penceroboh, ia tidak mematahkan semangat anggota Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Hulu untuk meneruskan tanggungjawab demi negara tercinta.
Bagi Konstabel Mohd Mahadi Melor, 24, pengalaman kali pertama dia berjauhan dengan isteri serta keluarga tercinta sedikit mengguris hatinya kerana tidak dapat beraya bersama kerana dia baru sahaja tiga bulan berkhidmat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Meskipun saya masih baharu, demi agama, bangsa dan negara saya tekad nak berjuang bersama rakan-rakan sepasukan lain melindungi sempadan negara. Kita tak akan berganjak malah kami tetap teguh berdiri di sini," katanya kepada Bernama yang merupakan Orang Asli daripada suku etnik Temiar yang berasal dari Tanjung Rambutan, Perak.
Dia berkata ketika pagi 1 Syawal, dia menghubungi keluarga di kampung selain membuat panggilan video bagi mengubat kerinduan.
Katanya, walaupun baru sahaja kehilangan ibu mentua tujuh hari lepas, ia tidak mengganggu konsentrasi ketika bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seorang lagi anggota PGA Koperal Saman Baktiar, 51, daripada etnik Semai berkata sepanjang pengalamannya berkhidmat bersama PDRM lebih 40 tahun, bertugas pada Aidilfitri telah menjadi kebiasaan.
Dia yang berasal dari Tapah, Perak berkata siapa sahaja pasti merasa sedih berjauhan daripada keluarga namun tanggungjawab dan amanah yang digalas perlu ditunaikan sehabis baik.
"Pagi 1 Syawal saya akan telefon keluarga di kampung, bertanyakan khabar dan apa juadah yang disediakan. Meskipun ketupat dan rendang dirindui, tidak apa. Kawan-kawan di sini ada dan kami semua raikan bersama-sama," katanya yang mempunyai lima orang anak.
Batalion 18 PGA bertugas mengawal sempadan negara bermula 1 Mei hingga 1 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA
#hari raya
#Lebaran AWANI
#Hari Raya Aidilfitri 2021
#Syawal 2021
#PDRM
#polis
#Sempadan Negara
#penceroboh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan