awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis antara empat didakwa samun lelaki Bangladesh

Bernama
Bernama
20/02/2017
09:44 MYT
Anggota polis antara empat didakwa samun lelaki Bangladesh
Empat lelaki termasuk seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan rompakan. - Gambar hiasan
Empat lelaki termasuk seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang penganggur warga Bangladesh.
Lans Koperal Mohd Syakiran Shaari, 25; dua pemandu van keselamatan, Sharull Salleh, 32; dan Mohd Fahmi Azman, 29; serta peniaga baju, Muhammad Irqbalshah Mhd Jantan, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Azizur Rahman Samsul Huda, 24, dan mengambil wang RM820 di Jalan 7/23E, Taman Danau Kota Setapak, Wangsa Maju di sini pada 6.30 pagi, 13 Nov 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohamad Yusoff tidak menawarkan ikat jamin.
Bagaimanapun, peguam Nur Fadhilah Zahari, yang mewakili Mohd Syakiran dan Muhammad Irqbalshah, serta dua tertuduh lain yang tidak diwakili peguam memohon diberi jaminan dengan alasan mereka penanggung keluarga masing-masing.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 15 Mac untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Mahkamah Sesyen
#polis
#Seksyen 395 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan