awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis Ops Daulat sertai perbarisan Hari Polis ke-206

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2013
02:02 MYT
Anggota polis Ops Daulat sertai perbarisan Hari Polis ke-206
Seramai 93 anggota polis barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Ops Daulat baru-baru ini, menyertai perbarisan Hari Polis ke-206 di Pusat Latihan Polis, Pulapol pagi ini. Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 Pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu menyertai perbarisan dengan mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah. Sambutan Hari Polis, yang bertemakan 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami' itu antara lain mengetengahkan revolusi kepolisan negara sejak zaman Kesultanan Melayu hingga kepada usaha pasukan keselamatan itu ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia. Tiga era perkhidmatan PDRM itu ialah dari zaman Kesultanan Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan, pasukan polis di zaman Pasca Merdeka sehingga era Komunis dan menuju Era Kepolisan bertaraf antarabangsa. Konsep ketiga-tiga era itu dipersembahkan dalam perbarisan Hari Polis, merangkumi kelengkapan dan pakaian polis. Buat pertama kalinya pada sambutan kali ini pasukan polis turut mempersembahkan lagu tema perbarisan sempena sambutan Hari Polis. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir pada upacara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Polis ke-206.
Topic Berkaitan
#Hari Polis
#operasi daulat
#Ops Daulat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan