awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar Musa mahu kebebasan media bertanggungjawab

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2021
03:10 MYT
Annuar Musa mahu kebebasan media bertanggungjawab
Annuar memaklumkan adalah penting untuk KKMM menjadi lebih kreatif supaya KKMM akan terus menjadi saluran yang berkredibiliti dan berfungsi dengan efisien.
KUALA LUMPUR : Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan memastikan kerajaan hari ini mengamalkan konsep kebebasan media yang bertanggungjawab.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan adalah penting untuk KKMM reinvent, rejuvenate dan menjadi lebih kreatif supaya KKMM akan terus menjadi saluran yang berkredibiliti dan berfungsi dengan efisien.
"KKMM bukan sahaja akan menjadi suara kerajaan tetapi merasakan nadi setiap rakyat, selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang akan menghubungkan Putrajaya kepada rakyat di setiap pelosok negara, meskipun di kampung yang paling terpencil.
"Selama dua minggu yang lalu, setiap hari saya telah melawat, berjumpa, mendengar taklimat dan mengadakan sesi libat urus dengan pengurusan tertinggi dan kakitangan semua Jabatan dan Agensi di bawah KKMM, dari unit yang paling kecil sehinggalah yang paling besar seperti Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen).
"Ini adalah seiring dengan objektif saya untuk mengangkat KKMM ke persada yang lebih baharu dan lebih dinamik, seiring dengan masa dan keperluan rakyat Malaysia sebagai rakyat global," jelasnya.
Beliau pada masa sama berharap semua kakitangan KKMM bersedia untuk bekerja dan menjadi suara kerajaan yang responsif, seiring dengan aspirasi rakyat untuk bersama membina Keluarga Malaysia.
Topic Berkaitan
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#KKMM
#Kebebasan Media
#Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan