awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anthropic perkenal Claude 3, didakwa lebih baik berbanding GPT-4 dan Gemini Ultra

Amanz
Amanz
05/03/2024
09:45 MYT
Anthropic perkenal Claude 3, didakwa lebih baik berbanding GPT-4 dan Gemini Ultra
Claude 3 keluaran Anthropic hadir dalam beberapa variasi dengan nama kod “Opus”, “Sonnet” dan juga “Haiku”. -Amanz
ANTHROPIC, salah satu syarikat memfokuskan kecerdasan buatan, dan sering diposisikan sebagai antara pesaing OpenAI, hari ini secara rasminya mengumumkan model kecerdasan buatan terbaharu mereka, iaitu Claude 3.
Claude 3 hadir dalam beberapa variasi, dengan nama kod “Opus”, “Sonnet” dan juga “Haiku”.
Menurut Anthropic, yang paling berkuasa antaranya Claude 3 Opus dikatakan mengatasi GPT-4 dan juga Google Gemini Ultra melalui ujian penanda aras melibatkan kecerdasan buatan.
Claude 3 juga mampu meringkaskan lebih 150,000 patah perkataan – sekali ganda berbanding model sebelum ini.
Di samping itu, model kecerdasan buatan baharu ini mempunyai tahap pemahaman lebih baik, serta memberikan respon dan jawapan lebih tepat kepada pengguna.
Ia turut menyertakan sokongan multi-modal – di mana pengguna boleh memuat-naik gambar, dokumen, carta dan pelbagai jenis data lain untuk ia menganalisis dan tawarkan jawapan.
Model “Sonnet” dan “Haiku” dikatakan adalah lebih kompak dan murah berbanding Opus.
Bermula hari ini, Claude 3 “Sonnet” dan “Opus” boleh digunakan para pembangun bermula hari ini, dan model “Haiku” akan menyusul selepas ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#OpenAI
#Claude 3
#Anthropic
#GPT-4
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan