awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anugerah Penguatkuasaan Alam Sekitar Asia 2020: Tuan Ibrahim ucap tahniah kepada JAS

Fareez Azman
Fareez Azman
17/02/2021
10:23 MYT
Anugerah Penguatkuasaan Alam Sekitar Asia 2020: Tuan Ibrahim ucap tahniah kepada JAS
Tuan Ibrahim berkata, kerjasama diterima JAS daripada semua agensi penguat kuasa adalah kunci kejayaan berkenaan. - Gambar fail
PUTRAJAYA :Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Pengarah dan warga kerja Jabatan Alam Sekitar (JAS) atas kejayaan merangkul Anugerah Penguatkuasaan Alam Sekitar Asia 2020.
Jelasnya dalam satu kenyataan media pada Rabu, kerjasama diterima JAS daripada semua agensi penguat kuasa adalah kunci kejayaan berkenaan.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah JAS serta semua warga kerja JAS di seluruh negara atas penganugerahan Asia Environmental Enforcement Awards 2020 daripada United Nations Environment Programme (UNEP) di majlis Ceremony for the Asia Environmental Enforcement Awards 2020 yang diadakan secara maya pada pada 17 Februari 2021.
"Penghargaan saya kepada semua agensi-agensi penguat kuasa di negara ini iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan semua Pihak-pihak Berkuasa Pelabuhan yang merupakan kunci kepada kejayaan ini," jelasnya.
Tambah Tuan Ibrahim, perkongsian maklumat pintar bersama agensi luar negara juga membawa kepada kejayaan membanteras pengimportan sisa plastik haram ke negara ini.
BACA: Usaha kerajaan pulihara alam sekitar pada 2019 raih anugerah global
Dalam pada itu, JAS jelasnya sedang melaksanakan aktiviti penguatkuasaan membendung pencemaran alam sekitar selaras Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030.
Katanya lagi, dalam tempoh Januari 2019 sehingga Disember 2020, JAS telah berjaya menghantar semula 254 kontena sisa plastik ke negara pengeksport tanpa melibatkan sebarang kos oleh kerajaan Malaysia.
JAS juga ujarnya telah berjaya menahan operasi 204 kilang kitar semula sisa plastik haram sepanjang tempoh tersebut.
"Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa menyalurkan maklumat dalam usaha JAS membenteras jenayah alam sekitar di negara ini," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#KASA
#Jabatan Alam Sekitar
#JAS
#anugerah
#Anugerah Penguatkuasaan Alam Sekitar Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan