awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Anwar juga pernah dilantik Presiden UIAM'

Sinar Harian
Sinar Harian
05/09/2018
12:10 MYT
'Anwar juga pernah dilantik Presiden UIAM'
Pelantikan Maszlee selaku Presiden UIAM tidak seharusnya dilihat mempunyai konflik kepentingan. -Gambar fail
Pelantikan menteri sebagai presiden institusi pengajian tinggi (IPT) bukanlah perkara baharu malah dilihat tiada konflik mengenainya.
Bekas timbalan rektor hal ehwal pelajar (HEP) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mizan Hitam dalam laporan Malaysiakini berkata pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik selaku Presiden UIAM tidak seharusnya dilihat mempunyai konflik kepentingan.
Menurutnya, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak juga pernah dilantik ke jawatan itu ketika menjadi menteri pendidikan.
“Lantikan itu tak ada konflik kepentingan dan Maszlee dalam kerajaan sekarang dan menteri pendidikan.
“Memang dalam sejarah sebelum ini menteri pendidikan pernah jadi presiden UIAM, itu sejarah,” katanya.
Anwar menjawat jawatan menteri pendidikan 1986 hingga 1991 dan memegang jawatan presiden UIA selama sepuluh tahun (1988 hingga 1998).
Najib pula memegang jawatan menteri pendidikan dari 1995 hingga 1999 dan dilantik menjadi presiden UIAM selama setahun (1998-1999).
Pada masa sama, Mizan yakin Maszlee bersikap profesional dalam menjalankan tugasnya malah keputusan yang akan dibuat adalah dilakukan secara bersama dalam ahli jawatankuasa.
“Saya tak fikir ada apa-apa masalah, saya fikir dia profesional, presiden ada lembaga dia, bukan sendirian bukan bertindak semberono saya cukup positif,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dr Maszlee Malik
#PKR
#Profesor Datuk Dr Mizan Hitam
#Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan