awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM akan bina pondok kawalan di Felda Sahabat

Bernama
Bernama
09/03/2013
14:24 MYT
APMM akan bina pondok kawalan di Felda Sahabat
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan membina sebuah pondok kawalan di Felda Sahabat bagi membanteras kegiatan pencerobohan dan pelanunan di perairan kawasan itu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata langkah itu juga bertujuan memperkukuh tahap keselamatan warga Felda dan penduduk tempatan lain selaras pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah yang diumum Khamis lepas.
"Jeti Felda Sahabat akan diguna sebagai tempat operasi APMM," katanya dalam taklimat bersama 30 ketua peneroka Felda Sahabat di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Khamis mengumumkan pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.
Najib berkata kawasan itu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.
Felda Sahabat berkeluasan kira-kira 100,000 hektar dan menempatkan kira-kira 6,500 keluarga peneroka serta 11,000 pekerja ladang kelapa sawit yang kebanyakannya rakyat asing.
Ahmad berkata pihaknya juga akan mencadangkan kepada kerajaan supaya Polis Bantuan Felda diberi senjata lebih canggih manakala Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dibekalkan senapang.
Pada masa ini, katanya, Polis Bantuan Felda hanya memiliki senapang patah yang mampu menembak dengan berkesan pada jarak kira-kira 50 meter manakala Rela pula hanya memiliki cota.
"Ini untuk membolehkan mereka mengawal keselamatan penduduk Felda dengan lebih berkesan rentetan peristiwa ini (pencerobohan)," katanya sambil menambah keanggotaan Rela di kawasan itu akan ditambah daripada 200 kepada 400 orang.
Dalam pada itu, Ahmad meminta warga peneroka sentiasa berwaspada dan jangan bersimpati serta berkompromi dengan kumpulan pengganas militan.
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
#Datuk Ahmad Maslan
#Lahad Datu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan