awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM guna sistem IRCS banteras jenayah di perairan

Bernama
Bernama
01/03/2016
01:00 MYT
APMM guna sistem IRCS banteras jenayah di perairan
Infra Red Camera System (IRCS) mampu mengesan dengan lebih jelas sebarang pergerakan di dalam bot. - Foto Bernama
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menggunakan Sistem Pengawasan Kamera Operasi sebagai langkah mempertingkat tindakan membanteras kegiatan jenayah di perairan negara.
Mengumumkan demikian, Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata sistem itu yang lebih dikenali sebagai Infra Red Camera System (IRCS) mampu mengesan dengan lebih jelas sebarang pergerakan di dalam bot atau kapal sehingga ke tahap boleh tahu sama ada individu di dalamnya ada membawa senjata.
Beliau berkata sistem bernilai RM1.8 juta itu yang dipasang pada kapal KM Marlin juga mampu mengesan sebarang bentuk suhu, selain menembusi kabus tebal dan cuaca gelap pada jarak dua batu nautika (3.7 kilometer).
Ahmad Puzi bercakap kepada pemberita pada majlis penyerahan sistem itu oleh Japan International Corporation Agency (JICA) di sini, pada Isnin.
Beliau berkata sistem radar yang dilengkapi lensa 150 milimeter itu merupakan model terbaharu yang ditambah baik teknologinya berbanding model lama yang dipasang pada kapal-kapal Japan Coast Guards.
Katanya, sistem yang paling moden dalam kelasnya itu juga dilihat dapat memantapkan lagi aktiviti penguatkuasaan serta operasi mencari dan menyelamat.
"Malah kita boleh merekodkan visual bagi dijadikan bukti untuk pendakwaan di mahkamah jika ada sebarang perilaku jenayah," katanya.
Topic Berkaitan
#APMM
#IRCS
#kamera infra merah
#kawalan keselamatan di laut
#maritim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan