awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan

Bernama
Bernama
11/02/2025
15:25 MYT
APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
Kelima-lima mereka, vesel dan tangkapan ikan dianggar seberat 50 kilogram dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah, Klang untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM bagi tindakan lanjut. - Gambar FB Maritim Malaysia
SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.
Pengarahnya Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata kesemuanya berusia antara 18 hingga 42 tahun ditahan semasa mengendalikan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C sekitar 12 tengah hari, menerusi operasi rutin APMM di perairan Selangor.
"Mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah atau surat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk bekerja di vesel itu dan melakukan aktiviti penangkapan ikan kurang 15 batu nautika dari daratan.
"Mereka juga didapati melanggar syarat tambahan iaitu tidak mengibarkan bendera Malaysia semasa belayar," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Abdul Muhaimin berkata kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.
Kelima-lima mereka, vesel dan tangkapan ikan dianggar seberat 50 kilogram dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah, Klang untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM bagi tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#Akta Imigresen
#surat kebenaran
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan