awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM temui petunjuk baharu kesan tekong, awak-awak dikhuatiri lemas

Bernama
Bernama
18/03/2018
23:17 MYT
APMM temui petunjuk baharu kesan tekong, awak-awak dikhuatiri lemas
Asmah Husin (kanan) dan bapa mertuanya melihat gambar Harif Fadelah yang dilaporkan hilang selepas bot yang digunakan dipercayai karam di perairan Pulau Payar, dekat Langkawi ketika ditemui di rumah neneknya di Alor Setar, 18 Mac, 2018. --fotoBERNAMA
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui petunjuk baharu dalam usaha mengesan seorang tekong bersama dua awak-awak yang dikhuatiri lemas di sekitar Pulau Payar, dekat Langkawi.
Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 1 Langkawi Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata pasukan SAR menemukan pakaian, bungkusan makanan dan jaket keselamatan yang terapung di sekitar pulau itu.
"Ia merupakan petunjuk baharu selepas penemuan tompokan minyak oleh nelayan kira-kira dua batu nautika dari Pulau Payar sebelum itu. Sehingga operasi SAR dihentikan pada 7 malam, tiada apa-apa ditemukan dan operasi akan disambung semula pagi esok," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Sebelum ini, media melaporkan tekong Harif Fadelah Zainol, 58, dan awak-awak Abd Ghani Jusoh, 56, dan Mohd Azrul Mohd Hassan, 24, dikhuatiri lemas selepas bot pukat tunda mereka dipercayai karam di perairan pulau itu.
APMM menerima laporan tentang kejadian itu pada 8.20 pagi, 15 Mac daripada pemilik bot selepas bot berkenaan tidak kembali ke pangkalan Kuala Kedah pada 12 Mac seperti dijadualkan.
Beliau berkata seramai lapan anggota penyelam dari APMM ditugaskan dalam operasi itu menggunakan Remotely Operated Vehicles (ROV) di lokasi tompokan minyak ditemukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#APMM
#awak-awak
#bot
#bot pukat tunda
#karam
#Langkawi
#lemas
#nelayan
#Nurulazme Zakariah
#operasi
#tekong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan