awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple Intelligence dijangka diperkenal Oktober ini

Amanz
Amanz
29/07/2024
03:30 MYT
Apple Intelligence dijangka diperkenal Oktober ini
Apple dijangka menawarkan Apple Intelligence sekitar Oktober ini, dan bukannya bersama-sama iOS 18 yang dijangka hadir pada September. -Amanz
APPLE kini dilaporkan mengalami kelewatan dalam penawaran perkhidmatan kecerdasan buatan mereka yang menjadi fokus utama pada iOS 18.
Melalui laporan Bloomberg, Apple dijangka menawarkan Apple Intelligence sekitar Oktober ini, dan bukannya bersama-sama iOS 18 yang dijangka hadir pada September.
Perkara ini juga mungkin membuatkan jualan awal iPhone 16 tidak menyertakan sokongan Apple Intelligence ketika ditawarkan, dan akan menerima beberapa minggu selepas itu melalui kemas kini perisian.
Sebelum ini, Apple telah mempertontonkan Apple Intelligence yang boleh melakukan sejumlah perkara, termasuk menambah-baik penulisan, pembaharuan pada Siri, sokongan susunan notifikasi mengikut keperluan, serta integrasi ChatGPT.
Ia dikatakan beberapa fungsi masih terhad dan tidak ditawarkan ketika pengenalannya kelak – termasuk Siri yang diperbaharui.
Mengikut halaman rasmi Apple, Apple Intelligence hanya akan menawarkan sokongan kepada iPhone 15 Pro Max dan juga iPhone 15 Pro sahaja buat masa ini.
Di samping itu, kita juga mungkin melihat ia ditawarkan terhad ke beberapa buah negara ketika peringkat permulaan.
Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan Apple Intelligence ini tidak lama lagi. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple Intelligence
#Oktober 2024
#iOS 18
#iPhone 16
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan