awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM gerak aset, sumber di kawasan sempadan banteras penyelewengan subsidi bahan api

Reuters
Reuters
27/03/2026
08:52 MYT
ATM gerak aset, sumber di kawasan sempadan banteras penyelewengan subsidi bahan api
ATM memaklumkan bahawa pendekatan bersepadu dan penguatkuasaan lebih tegas itu dilaksanakan selaras dengan arahan kerajaan.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi dengan menggerakkan aset dan sumber secara menyeluruh di semua kawasan sempadan negara bagi membanteras penyelewengan dan ketirisan subsidi bahan api.
Dalam hantaran di Facebook, ATM memaklumkan bahawa pendekatan bersepadu dan penguatkuasaan lebih tegas itu dilaksanakan selaras dengan arahan kerajaan yang menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan.
“Dalam mempertingkat keberkesanan operasi, ATM akan memperluas penggunaan teknologi pengawasan moden termasuk aset udara tanpa pemandu (UAV/dron) bagi pemantauan berterusan di kawasan berisiko tinggi.
“Keupayaan ini membolehkan pengesanan awal aktiviti mencurigakan, khususnya pada waktu malam serta di lokasi yang dikenal pasti sebagai hotspot penyeludupan,” menurut ATM.
ATM turut memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai agensi penguatkuasaan melalui perkongsian maklumat secara masa nyata dan pelaksanaan operasi bersepadu termasuk rondaan dinamik yang dipergiatkan di kawasan sempadan serta titik pengedaran bahan api.
Kerjasama itu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi keselamatan lain.
“Pada masa yang sama, aspek perisikan dipertingkat melalui pengumpulan maklumat lapangan secara lebih agresif dengan kerjasama komuniti setempat dan pihak berkuasa negara jiran, termasuk usaha mengenal pasti serta mengekang dalang utama sindiket penyeludupan,” menurut ATM.
Menurut hantaran itu, ATM tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk penyeludupan dan pencatutan bahan api subsidi, selain komited memastikan keselamatan sempadan negara terus terpelihara demi melindungi kepentingan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#subsidi
#bahan api
#ketirisan
#penyelewengan
#aset
#sumber
#sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan