awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
Pesawat bawa 55 penumpang terhempas di pesisir pantai Somalia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awang Rasau sudah tiada...

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/03/2021
13:16 MYT
Awang Rasau sudah tiada...
Harimau jantan berusia kira-kira 16 tahun itu maut di Hospital Veterinar UPM akibat komplikasi saraf, kegagalan sistem perkumuhan serta jangkitan kuman pada luka di kaki belakangnya. - Foto ihsan Perhilitan
KUALA LUMPUR: Seekor harimau Malaya yang digelar 'Awang Rasau' disahkan mati pada pukul 12 tengah hari, hari ini.
Berita sedih itu dimaklumkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menerusi kemas kini di laman Twitter dan Facebook mereka.
Menurut Perhilitan, harimau jantan berusia kira-kira 16 tahun itu maut di Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) akibat komplikasi saraf, kegagalan sistem perkumuhan serta jangkitan kuman pada luka di kaki belakang haiwan berkenaan.
“Dukacita dimaklumkan Awang Rasau telah tiada.
“Kematian Harimau Malaya jantan dilaporkan pada pukul 12.00 tengahari tadi,” demikian menurut Perhilitan, pada Jumaat.
Perhilitan menambah, Awang Rasau menderita kesakitan akibat kecederaan selepas terkena lapan butir peluru yang ditembak oleh pemburu haram.
“Peluru ini juga turut mengenai paru-paru serta sistem sarafnya yang telah menyebabkan harimau ini telah lumpuh separuh badan dan hanya boleh bergerak menggunakan kaki hadapannya sahaja.
Awang Rasau menderita kesakitan akibat kecederaan selepas terkena lapan butir peluru yang ditembak oleh pemburu haram. - Foto ihsan Perhilitan
Awang Rasau menderita kesakitan akibat kecederaan selepas terkena lapan butir peluru yang ditembak oleh pemburu haram. - Foto ihsan Perhilitan
“Luka kaki belakangnya akibat seretan juga amat serius.
“Setelah kesihatan Awang Rasau semakin merosot pada 3 Mac lalu, pihak Jabatan Perhilitan telah sedaya upaya menyelamatkan Awang Rasau ini dengan mendapatkan rawatan susulan serta nasihat doktor pakar di Hospital Veterinar UPM pada 4 Mac.
“Namun, Awang Rasau masih tidak dapat diselamatkan,” jelas kenyataan itu lagi.
Februari lalu, Perhilitan berjaya menangkap Awang Rasau di sebuah ladang sawit di Felda Kerteh 3, Dungun, Terengganu dalam operasi diketuai Pusat Penyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai, Perak.
Topic Berkaitan
#awang rasau
#harimau Malaya
#Perhilitan
#Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
#Hospital Veterinar UPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan