awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
Pengawal keselamatan maut dipukul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azam Baki tidak pilih puak atau parti - PM

Sinar Harian
Sinar Harian
15/05/2023
04:15 MYT
Azam Baki tidak pilih puak atau parti - PM
Anwar ketika sidang media selepas mempengerusikan Pasca Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara Bil 1/2023 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa sikap Tan Sri Azam Baki yang menjalankan tugas dan siasatan tanpa mengira puak atau parti menjadi antara faktor kerajaan melanjutkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya, belum pernah dalam sejarah pejabat menteri digeledah SPRM bagi menjalankan siasatan.
"Atas kapasiti itu kita teruskan khidmat beliau," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Majis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kontrak Azam yang dilanjutkan setahun.
Anwar berkata, Azam diberi kebebasan untuk menerajui SPRM dalam usaha membanteras pengalahgunaan, salah laku dan rasuah.
"Beliau dilantik semasa Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri).
"Dari segi kerja saya bagi kelonggaran sebagai pihak berkuasa kepada SPRM dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk jalankan tugas. Beliau jalankan tugas memuaskan," katanya.
BACA: Dahulu Azam Baki ditentang, kini kenapa lanjutkan pula kontrak?- Armada Bersatu
Sebelum ini media melaporkan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan semula Azam selama setahun berkuat kuasa 12 Mei lalu.
Azam, 60, mula dilantik ke jawatan itu sejak 9 Mac 2020 bagi menggantikan Ketua Pesuruhjaya sebelum itu, Latheefa Koya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Anwar Ibrahim
#SPRM
#Ketua Pesuruhjaya SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan