awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AZEC : Malaysia komited perkukuh kerjasama serantau bagi kestabilan bekalan tenaga - PM Anwar

Bernama
Bernama
15/04/2026
09:37 MYT
AZEC : Malaysia komited perkukuh kerjasama serantau bagi kestabilan bekalan tenaga - PM Anwar
Anwar berkongsi mengenai penyertaan beliau dalam Sidang Kemuncak Mengenai Daya Tahan Tenaga AZEC Plus secara dalam talian atas jemputan kerajaan Jepun. - Foto FB Anwar Ibrahim
Malaysia kekal komited dalam usaha memperkukuh kerjasama serantau menerusi Asia Zero Emission Community (AZEC) atau Pemimpin-Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia bagi memastikan bekalan tenaga stabil, mencukupi serta berdaya tahan.
Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan terkini di Asia Barat, terutama membabitkan Selat Hormuz hanya mengingatkan bahawa kestabilan bekalan tenaga amat penting bagi memastikan ekonomi kekal berdaya tahan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
“Sebagai negara pengeluar tenaga, termasuk gas asli cecair (LNG), Malaysia akan terus memainkan peranan konstruktif dalam menyokong keselamatan tenaga serantau, di samping mempelbagaikan sumber tenaga termasuk tenaga boleh baharu serta memperkukuh sistem tenaga negara selaras dengan keutamaan pembangunan negara,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran terbaharu di platform X hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan, turut berkongsi mengenai penyertaan beliau dalam Sidang Kemuncak Mengenai Daya Tahan Tenaga AZEC Plus secara dalam talian atas jemputan kerajaan Jepun.
“Penghargaan dirakamkan kepada Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi bagi penganjuran sidang tergempar pada waktu yang amat kritikal ini,” kata Anwar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AZEC
#Jepun
#Asia Barat
#tenaga
#Anwar Ibrahim
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan