awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022: Kecewa tiada lantikan ke jawatan tetap, Hartal Doktor Kontrak umum protes kedua

Hakim Rahman
Hakim Rahman
02/11/2021
02:56 MYT
Bajet 2022: Kecewa tiada lantikan ke jawatan tetap, Hartal Doktor Kontrak umum protes kedua
Julai lalu, ratusan doktor kontrak berhenti tugas selama 10 minit dan berpakaian hitam sebagai tanda protes terhadap status lantikan mereka. -Gambar fail/Elill a/l Easwaran
KUALA LUMPUR: Kumpulan Hartal Doktor Kontrak akan menganjurkan mogok kedua sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan melalui Bajet 2022 yang memutuskan untuk menyambung kontrak doktor pelatih selama dua tahun dan tidak menawarkan jawatan tetap.
Kata mereka, lanjutan kontrak itu membuang masa kerana tidak menjanjikan sebarang peluang dan jaminan kerjaya yang menjadi tuntutan utama mereka.
"Lima tahun dalam perbincangan. Masih tiada penyelesaian.
"Janji lantikan tetap dengan KWSP yang sering kali diuar-uarkan hanyalah umpan supaya kami berhenti bersuara.
"Setelah dua tahun doktor kontrak berhempas pulas melawan COVID-19, pengorbanan mereka tetap tidak dihargai.
"Dengan ini, kami dari Gerakan HDK mengisytiharkan Hartal Doktor Kontrak 2.0 akan dilaksanakan sebagai protes," katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun wakil gerakan itu Dr Mustapha Kamal bagaimanapun tidak menyebut bila mogok kedua itu akan dilakukan.
BACA: Hartal Doktor Kontrak: Kronologi lantikan pegawai perubatan kontrak
Julai lalu, pergerakan itu mendorong ratusan doktor kontrak daripada seluruh negara untuk mogok dengan berhenti tugas selama 10 minit dan berpakaian hitam sebagai tanda protes terhadap status lantikan mereka.
Gerakan Hartal Doktor Kontrak telah berkempen untuk menamatkan "sistem dua peringkat" semasa antara doktor pelatih tetap dan mereka yang berkontrak di hospital kerajaan.
Doktor kontrak tidak layak mendapat biasiswa pascasiswazah tempatan untuk menjadi pakar dan juga tidak dijamin jawatan tetap selepas kontrak lima tahun.
Topic Berkaitan
#KWSP
#bajet 2022
#hartal doktor kontrak
#jawatan tetap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan