awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022: "Mereka bukan suka-suka mahu keluarkan wang KWSP" - Najib gesa had i-Citra naik ke RM10,000

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/11/2021
07:51 MYT
Bajet 2022: "Mereka bukan suka-suka mahu keluarkan wang KWSP" - Najib gesa had i-Citra naik ke RM10,000
Najib berkata ada dalam kalangan mereka yang memerlukan modal untuk memulakan perniagaan kecil, selain menyelesaikan tunggakan hutang. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menggesa kerajaan agar menaikkan had maksimum pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi skim i-Citra kepada RM10,000, berbanding RM5,000.
Membahaskan Bajet 2022 hari ini, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, peningkatan had tersebut adalah sebagai skim pengeluaran khas terakhir memandangkan ia amat dituntut oleh rakyat kerana keperluan yang mendesak akibat pandemik COVID-19.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, ada dalam kalangan mereka yang memerlukan modal untuk memulakan perniagaan kecil selain menyelesaikan tunggakan hutang.
"Mereka bukan suka-suka mahu keluarkan wang caruman mereka. Justeru, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikan ke RM10,000.
"Sebagai mengimbangi pengeluaran ini, kerajaan perlu memberi keutamaan untuk memulihkan semula simpanan rakyat dalam KWSP," katanya di Dewan Rakyatdi sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Najib berkata, antara langkah yang boleh dilakukan termasuk membantu KWSP meraih pendapatan dengan memberikan projek-projek yang lebih lumayan dalam tempoh pasca COVID-19.
"Oleh itu, ini selaras cadangan saya tadi, projek Bandar Malaysia perlu diberikan kepada KWSP dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan syarat projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura (HSR KL-SG) dikembalikan dengan konsep, asal yakni Singapura ke Bandar Malaysia dan tidak dari Johor Bahru ke KLIA," ujarnya lagi.
Selain itu, Najib juga mencadangkan agar menaikkan semula kadar caruman bulanan majikan dan pencarum, selain mengesyorkan pembayaran dividen KWSP secara struktur berperingkat atau 'multi-tier dividend structure'.
"Keadah bayaran dividen secara 'multi-tier dividend structure' ini perlu diperluaskan ke tabung-tabung simpanan lain seperti Amanah Saham Berhad (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN) dan Tabung Haji agar matlamat merapatkan jurang pendapatan seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) akan tercapai," ujar bekas Menteri Kewangan itu lagi.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#bajet 2022
#i-citra
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan