awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2023 masih ikut jadual asal - Tengku Zafrul

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
07/08/2022
01:00 MYT
Bajet 2023 masih ikut jadual asal - Tengku Zafrul
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika merasmikan acara riadah 'Ride & Run Veteran 100 Tahun' di Dataran DBKL. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Khabar angin kononya Bajet 2023 berkemungkinan akan dipercepatkan daripada jadual asal berikutan kemelut politik semasa yang melanda negara adalah tidak berasas sama sekali.
Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, setakat ini tiada perubahan berkenaan Bajet 2023 seperti yang digembar-gemburkan.
"Itu khabar angin sahaja, pada pengetahuan saya masih lagi sama seperti apa yang ada dalam takwim Parlimen pada 28 Oktober.
"Setakat ini masih lagi dalam jadual 28 Oktoberl," katanya ketika ditanya media ketika hadir merasmikan acara riadah 'Ride & Run Veteran 100 Tahun' yang berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, pagi tadi.
Sebelum ini beberapa pemerhati dan parti politik termasuk UMNO menjangkakan Bajet 2023 akan dilakukan lebih awal.
Ia termasuk Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dilaporkan akan berbincang mengenai kemungkinan pembentangan Bajet 2023 diawalkan ke September untuk memberi laluan kepada pilihan raya.
Pembentangan Bajet 2023 pada masa ini adalah dijadual akan diadakan di Dewan Rakyat pada 28 Oktober ini.
Topic Berkaitan
#Bajet 2023
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#jadual
#kemelut politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan