awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Balu krew pesawat MH17 selesaikan tugas terakhir suami

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
19/07/2015
04:01 MYT
Balu krew pesawat MH17 selesaikan tugas terakhir suami
Sharifah Asmaa Binti Alwee Aljuned, isteri pegawai pertama MH17, Ahmed Hakimi, menyelesaikan tugas terakhir suaminya, Ahmed Hakimi.
Sharifah Asmaa Binti Alwee Aljuned, isteri pegawai pertama MH17, Ahmed Hakimi, menyelesaikan tugas terakhir suaminya di upacara memperingati tragedi pesawat Penerbangan Malaysia, MH17 sempena ulang tahun pertama nahas itu di Nieuwegein pada 17 Julai.
Ahmed Hakimi adalah antara 298 individu yang terkorban dalam nahas penerbangan MH17 semasa perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Sharifah yang memberi ucapan mewakili krew MH17 berkata, “ Saya sukar membayangkan penderitaan dan kesedihan yang kita sedang alami.
“Adakah kita berkongsi pengalaman yang sama dalam menempuh kehilangan orang tersayang. Malah, perjalanan dan kesedihan kita tidak boleh disamakan.”
"Saya berdoa agar kita akan diberkati dengan kekuatan yang tidak terhingga dalam menangani kesedihan kita,” tambah Sharifah.
Malah, isteri pegawai itu mengakhiri ucapan dengan melaksanakan tugas terakhir suaminya.
“Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya bertanggungjawab dalam menjalankan tugas terakhir suami saya yang beliau tidak sempat penuhi.”
“Selamat petang, saya pegawai pertama anda, nama saya Ahmad Hakimi, bagi pihak Kapten Amran dan dibantu oleh Kapten Eugene, dan pegawai pertama, Firdaus, kami ingin mengucapkan selamat datang sekali lagi dalam pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dalam penerbangan MH17.
“Cuaca dan laluan perjalanan adalah baik sepanjang perjalanan dan kami akan memulakan pendaratan tidak lama lagi. Bagi pihak Malaysia Airlines dan seluruh anak-anak kapal, sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih penerbangan kami.”
Ucapan yang menyentuh hati itu menerima tepukan hormat oleh ahli keluarga mangsa nahas MH17 yang lain.
Difahamkan, upacara memperingati itu telah dianjurkan oleh ahli keluarga serta waris mangsa nahas MH17 dengan sokongan Stichting Vliegramp MH17 di Pusat Kongres NBC.
Sementara itu, satu upacara memperingati setahun tragedi MH17 juga telah dianjurkan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA pada 12 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#MH17
#setahun
#Sharifah Asmaa
#ulang tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan