awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Heathrow alami peningkatan 10 peratus penumpang transit berikutan perang di Asia Barat
Rosmah kata ‘Can I say something?’ ketika bicara saman barang kemas
Empat lelaki ditahan cuba seleweng lebih 3,000 liter diesel bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 11 pencawang elektrik di Kelantan dihentikan bekalan elektrik

Bernama
Bernama
27/11/2024
15:11 MYT
Banjir: 11 pencawang elektrik di Kelantan dihentikan bekalan elektrik
Sebanyak 11 pencawang elektrik dihentikan bekalan elektrik setakat malam ini ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Sebanyak 11 pencawang elektrik dihentikan bekalan elektrik setakat malam ini ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi kenyataan dalam laman Facebook rasminya pada malam ini memaklumkan, bekalan elektrik berkenaan ditutup demi keselamatan pengguna setempat.
"Antara kawasan yang dihentikan bekalan elektrik di daerah Kota Bharu ialah G-Orange, Sekolah Kebangsaan Kadok dan Taman Sri Kulim manakala daerah Pasir Puteh pula ia melibatkan DPS 9-12, BELB Sungai Gali, Kilang Bata Tasek Pauh dan Yik Tualang Tinggi.
TNB turut memaklumkan jila banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat, bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.
"Sentiasa berwaspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Masyarakat juga diminta menjauhi pepasangan elektrik yang terendam air banjir kerana dikhuatiri berlakunya kebocoran arus," menurut TNB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#pencawang elektrik
#dihentikan bekalan elektrik
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan