awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesanan buat Azam Baki: "Jangan tunduk pada tekanan" – Ketua #RasuahBusters
Isu Pemilikan Saham: LPPR ambil maklum penjelasan Azam Baki
Bekas CEO GISBH mahu tunai haji, mahkamah benarkan pasport dipulangkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 98 fasiliti kesihatan awam terjejas

Sinar Harian
Sinar Harian
03/12/2024
10:39 MYT
Banjir: 98 fasiliti kesihatan awam terjejas
Klinik Kesihatan Daerah Pasir Mas yang dinaiki banjir, baru-baru ini. - Foto tangkapan layar Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 98 fasiliti kesihatannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah terjejas akibat banjir.
Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu, 50 fasiliti berkenaan tidak boleh beroperasi dan berpindah perkhidmatan ke fasiliti alternatif manakala bakinya, 48 masih beroperasi walaupun dinaiki air.
"Di Kelantan, sebanyak 30 fasiliti yang terjejas tetapi masih boleh beroperasi manakala 34 fasiliti berpindah operasi kerana tidak boleh beroperasi sama ada terputus laluan masuk,” katanya menerusi sidang media di sini pada Selasa.
Ujar beliau, 17 fasiliti kesihatan di Terengganu yang terjejas banjir masih beroperasi manakala 13 lagi tidak beroperasi.
"Di Kedah pula, tiga fasiliti telah berpindah perkhidmatan dengan satu fasiliti masih beroperasi," jelas Dr Dzulkefly.
Berdasarkan portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 69,264 mangsa dilaporkan di tiga negeri berkenaan membabitkan 20,970 keluarga.
Kelantan masih menjadi negeri tertinggi terjejas banjir dengan 44,415 mangsa, disusuli Terengganu (18,085) dan Kedah (6,775).
Topic Berkaitan
#Banjir 2024
#Dr Dzulkefly Ahmad
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan