awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Hawaii cetus operasi menyelamat besar-besaran

Bernama
Bernama
21/03/2026
11:56 MYT
Banjir di Hawaii cetus operasi menyelamat besar-besaran
Pihak berkuasa berkata paras air di sebuah empangan meningkat daripada 24 meter kepada 25.6 meter dalam tempoh kurang 24 jam, hanya 1.8 meter di bawah kapasiti maksimum. - Gambar AP
Lebih 230 orang diselamatkan di Hawaii selepas banjir melanda Pulau Oahu, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan kegagalan fungsi empangan, lapor Anadolu Ajansi memetik laporan media pada Jumaat.
Hujan lebat mencetuskan apa yang disifatkan pegawai sebagai banjir terburuk di pulau itu dalam tempoh dua dekad, menurut The Guardian.
Pihak berkuasa berkata paras air di sebuah empangan meningkat daripada 24 meter kepada 25.6 meter dalam tempoh kurang 24 jam, hanya 1.8 meter di bawah kapasiti maksimum.
Paras air kemudian dilaporkan semakin surut, namun pegawai memberi amaran keadaan boleh berubah sekiranya hujan terus turun.
Gabenor Hawaii Josh Green berkata tiada kematian dilaporkan dan tiada individu masih hilang. “Kira-kira 10 orang dibawa ke hospital akibat hipotermia,” menurut laporan yang memetik beliau.
Datuk Bandar Honolulu Rick Blangiardi berkata kerosakan yang berlaku mungkin serius.
“Tidak syak lagi kerosakan yang berlaku setakat ini adalah bersifat bencana,” katanya. Kira-kira 5,500 penduduk diarahkan berpindah, manakala puluhan, malah kemungkinan ratusan rumah rosak.
Beberapa kawasan di Oahu menerima antara 20 hingga 30 sentimeter hujan semalaman.
Pasukan penyelamat menjalankan operasi menyelamat melalui udara dan air, namun operasi menjadi lebih sukar akibat tindakan orang awam menerbangkan dron.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#operasi menyelamat
#dron
#banjir
#empangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan