awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah tetapkan 6 Mei laporan bedah siasat, toksikologi Suri Narudin
PU Amin, PU Rahmat, Imam Asyraf bawa 30 kontena bantuan ke Rafah - 'Kami akan berkorban untukmu al-Aqsa'
Ardell, Haroqs, Heliza, Hazwani, ZRA kembali galas misi ke Gaza - 'Selamat pecahkan kepungan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Raub, Lipis pulih sepenuhnya

Bernama
Bernama
12/11/2024
03:10 MYT
Banjir di Raub, Lipis pulih sepenuhnya
Sekretariat JPBD Lipis memaklumkan bahawa dua PPS yang dibuka semalam dan menempatkan 218 mangsa daripada 61 keluarga, juga akan ditutup hari ini secara berperingkat. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Banjir di daerah Raub dan Lipis pulih sepenuhnya selepas lapan pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 441 mangsa daripada 127 keluarga ditutup hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub memaklumkan bahawa banjir yang melanda Raub sejak Ahad lepas telah menyebabkan pembukaan enam PPS yang menempatkan 223 mangsa daripada 66 keluarga.
"Cuaca semakin baik dan banjir mula surut secara berperingkat pada petang semalam. Mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pukul 9 pagi ini. Bagaimanapun, penduduk dinasihati supaya terus peka dengan kenaikan paras sungai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Sekretariat JPBD Lipis memaklumkan bahawa dua PPS yang dibuka semalam dan menempatkan 218 mangsa daripada 61 keluarga, juga akan ditutup hari ini secara berperingkat.
"Sekolah Kebangsaan Kechaui Tui yang menempatkan 133 orang daripada 34 keluarga dijangka ditutup pada pukul 10 pagi ini, manakala Dewan Semai Bakti Felda Kechaui yang menempatkan 85 orang daripada 27 keluarga, dijangka ditutup pada 12 tengah hari ini," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh pada Ahad lepas, diikuti dengan Lipis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#pulih sepenuhnya
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan