awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Johor: Angka mangsa terjejas terus meningkat di 4 daerah

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
11/01/2025
07:00 MYT
Banjir Johor: Angka mangsa terjejas terus meningkat di 4 daerah
Keadaan banjir di sekitar Taman Aman, Kota Tinggi. - Gambar/ Astro AWANI
KOTA TINGGI: Mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,266 mangsa daripada 392 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah terjejas, setakat jam 1 tengah hari Sabtu.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Azmi Rohani, berkata jumlah itu meningkat berbanding 897 penduduk daripada 303 keluarga di 13 PPS, jam 8 pagi tadi.
Beliau berkata, tiga daerah baharu membabitkan Pontian, Kulai dan Kluang turut membuka PPS pagi tadi selepas beberapa kawasan rendah di daerah berkenaan dinaiki air.
Katanya Kota Tinggi kekal daerah paling terjejas dengan seramai 1,082 mangsa daripada 347 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS.
"Mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana yang menempatkan 210 penduduk daripada 52 keluarga dari kawasan Taman Aman dan Taman Mawai.
"Di Pontian tiga PPS dibuka membabitkan 55 mangsa daripada 14 keluarga. Di Kulai juga tiga PPS dibuka membabitkan 84 mangsa daripada 19 keluarga.
"Sementara di Kluang sebuah PPS dibuka di Sekolah Agama Kampung Tengah 1 membabitkan 45 mangsa daripada 12 keluarga," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azmi turut maklumkan sungai yang merekodkan paras bahaya di negeri ini meningkat kepada enam, iaitu Sungai Kahang, Kluang; Sungai Sayong di Kampung Siam dan Sungai Sayong di Kampung Murni Jaya, Kulai; Sungai Pulai, Pontian; Sungai Skudai serta Sungai Tebrau di Taman Sri Pandan, Johor Bahru.
"Tiga sungai di Johor merekodkan paras amaran membabitkan Sungai Lenik, Batu Pahat; Sungai Pontian Kecil, Kulai dan Sungai Tiram, Johor Bahru," katanya.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#banjir johor
#banjir2025
#Kota Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan