awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir landa dua kampung di Limbang, 62 keluarga terjejas

Devonshire Sikem
Devonshire Sikem
22/09/2023
02:40 MYT
Banjir landa dua kampung di Limbang, 62 keluarga terjejas
Antara mangsa yang dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air. - Foto APM
LIMBANG: Seramai 195 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Medamit sejak Rabu lalu selepas kediaman mereka dinaiki air.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, mereka ini terdiri daripada 62 keluarga yang berhadapan saat cemas berikutan kenaikan mendadak paras air Sungai Ukong.
“Kesemua mereka datang dari dua kampung terlibat iaitu Kampung Baru Medamit dan Kampung Tanjong.
Buat masa ini, jelasnya, keadaan di PPS adalah terkawal dan pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Limbang, terutama dalam memastikan bekalan makanan serta keperluan kit bencana kepada mangsa-mangsa disediakan.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk diramal berlaku di kawasan pedalaman Sarawak sehingga Selasa hadapan.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#Sungai Ukong
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan