awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Operasi tren Pantai Timur KTMB dibatalkan

Bernama
Bernama
06/01/2021
21:03 MYT
Banjir: Operasi tren Pantai Timur KTMB dibatalkan
Pihak KTMB terpaksa membatalkan perkhidmatan tren demi keselamatan penumpang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Perkhidmatan KTM Intercity untuk perjalanan ke Pantai Timur membabitkan tren Ekspres Timuran No. 26 dan No. 27 bagi laluan Johor Bahru Sentral-Tumpat dan sebaliknya, serta tren Shuttle Timuran, dibatalkan mulai malam tadi.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan semalam memaklumkan, pembatalan perjalanan itu dibuat susulan landasan antara Kuala Krai dan Bukit Abu, Kelantan ditenggelami banjir.
"Pihak KTMB terpaksa membatalkan perkhidmatan tren demi keselamatan penumpang dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, penumpang yang terjejas dengan perkhidmatan itu boleh menukar tarikh perjalanan atau mendapatkan pemulangan tambang penuh, mengikut terma dan syarat.
Sebarang maklumat terkini boleh didapati di saluran media baharu KTMB atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-22671200.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KTMB
#Shuttle Timuran
#Pantai Timur
#Kuala Krai
#Bukit Abu
#banjir
#keselamatan
#KTM Intercity
#perjalanan
#tiket
#tren
#kereta api
#banjir kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan