awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
'Perancangan Allah luar biasa, selamat datang #ajz' - Shuib, Watie timang anak sulung perempuan
Rasai kesakitan itu dan perbaiki lagi, inilah bola sepak - Jurulatih Arsenal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Pekerja ladang berdepan detik cemas terperangkap 8 jam

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
30/12/2021
21:22 MYT
Banjir: Pekerja ladang berdepan detik cemas terperangkap 8 jam
Mangsa ditemukan pada jam 4.40 petang dalam keadaan selamat di kedudukan kira-kira 40 kilometer dari laluan utama. - Astro AWANI
KEMAMAN: Seorang pekerja ladang Risda Cherul, di Kemaman, berdepan detik cemas terperangkap hampir lapan jam selepas kawasan ladang berkenaan dilanda banjir.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada mangsa Adam Haqimi Aqil Alias, 21, pada jam 11 pagi Khamis.
Menurut Mohamad Hanif, sepasukan anggota penyelamat terdiri daripada bomba, polis dan orang awam digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan menggunakan dua buah bot.
Jelasnya mangsa ditemukan pada jam 4.40 petang dalam keadaan selamat di kedudukan kira-kira 40 kilometer dari laluan utama.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu, Mohamad Hanif turut menasihatkan pihak pengurusan ladang agar sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa bagi mengelakkan situasi sama berulang.
Topic Berkaitan
#banjir
#terperangkap
#cemas
#ladang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan