awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: Air naik hingga ke paras tingkap - Penduduk

Bernama
Bernama
21/02/2026
09:37 MYT
Banjir Sabah: Air naik hingga ke paras tingkap - Penduduk
Sebuah rumah masih digenangi air banjir di Kampung Taka Pitas, hari ini. - Foto Bernama
Hanya dalam empat jam, paras banjir di Kampung Sibaung di sini meningkat ke paras tingkap rumah, sekali gus memaksa penduduk menyelamatkan diri ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Penduduk Jamilah Sapia, 50, berkata air mula memasuki rumahnya kira-kira 10 malam semalam sebelum naik mendadak sekitar 2 pagi.
"Kami nak keluar air banjir sudah halang laluan utama. Kami tunggulah di situ (rumah) sampai pasukan penyelamat datang. Alhamdulillah sampai juga akhirnya," katanya ketika ditemui Bernama di PPS Dewan Majlis Daerah Pitas hari ini.
Beliau berkata rumahnya yang terletak di kawasan sedikit tinggi turut dinaiki air hingga paras paha dan tidak lagi selamat didiami manakala beberapa kediaman di kawasan lebih rendah ditenggelami air sehingga ke paras tingkap.
Seorang lagi penduduk Rosni Mohamad Rasyid, 50, yang menetap lebih 30 tahun di kampung itu berkata banjir ialah situasi tahunan yang terpaksa dihadapi setiap kali musim tengkujuh.
"Iya, setiap tahunkan kami kena banjir. Jadi, asal hujan tidak berhenti kami bersiap sedialah. Mana yang boleh dikasi selamat, simpan tinggi-tinggi, begitu barang-barangnya. Kalau tidak dapat apa boleh buat? Tinggal sajalah," katanya.
Rosni berkata keadaan berulang itu bukan sahaja menyebabkan kerugian harta benda, malah menjejaskan rutin harian penduduk termasuk persekolahan anak-anak dan sumber pendapatan keluarga.
Setakat 12 tengah hari ini, seramai 1,653 mangsa daripada 621 keluarga dipindahkan ke beberapa PPS di daerah ini susulan hujan berterusan sejak minggu lepas.
Sementara itu, Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah Datuk Seri Ruddy Awah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas berkata proses pemindahan mangsa berjalan lancar hasil tindakan pantas penduduk berpindah ke kawasan lebih tinggi sejurus kediaman mereka dinaiki air.
"Soal kebajikan, terutama makan minum terjaga dan tiada sebarang keluhan setakat ini, semua berpuas hati kerana dilayan dengan baik. Bagaimanapun, kita mengakui ada keperluan untuk meningkatkan kebajikan dan mempercepat bantuan kerana banjir kali ini cukup besar," katanya.
Ruddy berkata hujan berlarutan selama seminggu termasuk dua hari tanpa henti antara punca utama kejadian banjir kali ini selain faktor sungai yang semakin cetek.
Beliau berkata kerajaan negeri akan memastikan semua mangsa menerima bantuan sewajarnya bagi meringankan beban akibat musibah berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#pitas
#paras air
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan