awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: Pertambahan mangsa banjir di Beaufort, satu PPS dibuka

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
19/01/2021
01:58 MYT
Banjir Sabah: Pertambahan mangsa banjir di Beaufort, satu PPS dibuka
Pasukan kesihatan dan sekretariat JPBN Sabah membuat pemeriksaan kepada mangsa sebelum ditempatkan ke khemah sementara. - Foto APM Sabah.
KOTA KINABALU:Jumlah mangsa banjir di 10 daerah terjejas di Sabah menunjukkan peningkatkan kepada 895 setakat pagi Selasa.
Menurut kemas kini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, daerah Kota Belud masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 264 daripada 88 keluarga diikuti Beaufort (142) dan Tuaran (106).
"Susulan peningkatan mangsa banjir di Beaufort, pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri membuka satu pusat pemindahan sementara (PPS) baharu iaitu Dewan Pa'Musa Beaufort manakala menutup sepenuhnya PPS Dewan Kubambangan di Paitan.
BACA: Pengorekan pasir sungai atasi masalah banjir di Kota Belud - Hajiji
"Setakat kemas kini pukul 8 pagi ini, 16 PPS masih beroperasi dan menempatkan mangsa banjir dari 10 daerah yang terjejas," katanya.
APM Sabah turut menyenaraikan 53 laluan membabitkan daerah banjir yang masih terjejas setakat ini.
Antara jalan terjejas adalah di Beaufort, Kudat, Penampang, Tuaran, Pitas dan Kota Marudu.
Statistik terkini perkembangan banjir di Sabah setakat pukul 8 pagi Selasa.
Statistik terkini perkembangan banjir di Sabah setakat pukul 8 pagi Selasa.
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#mangsa meningkat
#Beaufort
#JPBN Sabah
#air pasang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan