awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir semakin pulih, hanya satu PPS masih beroperasi di Terengganu

Bernama
Bernama
29/12/2022
01:30 MYT
Banjir semakin pulih, hanya satu PPS masih beroperasi di Terengganu
Bendera merah dikibarkan bertujuan memaklumkan kepada pengunjung mengenai keadaan pantai berbahaya untuk aktiviti air ekoran keadaan laut bergelora dan ombak besar, di Pantai Kekabu, Marang, 28 Dis 2022. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Situasi banjir yang melanda beberapa negeri sejak akhir bulan lepas semakin pulih dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Terengganu, pagi ini.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, seramai 53 orang daripada 12 keluarga masih di PPS Masjid Kampung La di Besut, kekal seperti semalam.
Semua mangsa berkenaan dijangka berada di PPS itu untuk tempoh yang lama berikutan kebanyakan rumah mereka rosak sepenuhnya akibat dihanyutkan arus banjir.
Sementara itu, jumlah penduduk di Sabah yang terkesan dengan fenomena air pasang besar dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2, Sandakan berkurang kepada 652 orang daripada 113 keluarga pagi ini berbanding 688 orang daripada 121 keluarga, malam tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) sebelum ini menasihatkan penduduk di negeri-negeri Pantai Timur agar kekal berwaspada walaupun situasi bencana itu semakin pulih, berikutan hujan lebat berterusan masih berpotensi berlaku kerana Monsun Timur Laut belum berakhir hingga Mac 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPS
#banjir
#terengganu
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan