awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Bantu kami selesaikan isu tanah runtuh di Ampang"

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
11/12/2022
10:06 MYT
"Bantu kami selesaikan isu tanah runtuh di Ampang"
Tanah runtuh yang berlaku disebabkan hujan lebat pada Jumaat menimpa rumah penduduk di Taman Halaman, Ampang. - Gambar Astro AWANI
AMPANG: "Bantu kami selesaikan isu tanah runtuh di Ampang."
Itu luahan penduduk Taman Halaman, Ampang, yang diarahkan berpindah susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku Jumaat lalu.
Tinjauan Astro AWANI ke atas tiga rumah yang diarah dikosongkan susulan kejadian tanah runtuh itu mendapati kebanyakan penduduk mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Namun, ada penduduk yang memasuki rumah mereka untuk mengambil barangan dan dokumen penting sebelum beredar ke kawasan selamat.
Menceritakan kejadian pada petang Jumaat itu, salah seorang penduduk, Lai Yow Sun, 70 tahun berkata, dua cucunya berada di rumah sebelum tanah runtuh melanda rumah mereka, sementara, dia keluar rumah seketika untuk mengambil seorang lagi cucunya.
Kesan kejadian tanah runtuh berkenaan menyebabkan salah sebuah bilik ditimbus dengan tanah dan musnah sepenuhnya.
Lai bagaimanapun bersyukur kerana dia dan dua cucunya yang masing-masing berusia 10 dan 16 tahun terselamat semasa kejadian.
"Sebelum kejadian, saya sedang masak dekat dapur sana. Lepas itu saya keluar kemudian terjadi kejadian tanah runtuh.
"Saya keluar kerana nak pergi ambil cucu saya paling kecil dan kemudian tanah runtuh menimpa rumah kami. Kami sangat sedih dan sakit hati," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di sini pada Ahad.
Lai Yow Sun dan anaknya, Yap Chwen Mei antara penduduk terjejas tanah runtuh
Lai Yow Sun dan anaknya, Yap Chwen Mei antara penduduk terjejas tanah runtuh
Menurutnya, lagi, kejadian tanah runtuh itu pernah diadukan jirannya yang turut terkesan sebelum ini kepada pihak berwajib.
Namun, sehingga kini, tiada tindakan yang lebih berkesan dilihat.
"Pernah buat aduan, jiran sebelah pernah buat aduan. Sebab selepas kejadian itu, ada pihak yang datang tengok. Jadi, saya harap tanah belakang rumah itu tolong bersihkan dan kami akan baiki rumah ini semula," ujarnya.
Justeru, sebelum kejadian yang lebih buruk daripada berlaku, penduduk mahu pihak berwajib mengambil tindakan segera dan lebih berkesan demi keselamatan dan kepentingan penduduk.
Topic Berkaitan
#Ampang
#tanah runtuh
#Penduduk
#Taman Halaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan