awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan - PM

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
03/07/2022
10:28 MYT
Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan akan meningkatkan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada fasa seterusnya sekiranya isu kenaikan harga barang dalam negara masih berlarutan. - Gambar ihsan Pejabat Perdana Menteri
PASIR SALAK: Kerajaan memberi bayangan akan meningkatkan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada fasa seterusnya sekiranya isu kenaikan harga barang dalam negara masih berlarutan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah berkenaan merupakan usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat yang terkesan khususnya golongan B40.
Pada ketika ini, isu rumah golongan B40 menerima bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat.
“Bantuan BKM RM2,600 siapa nak bagi? Kerajaan sekaranglah yang bagi. Kalau dulu, tak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan bagi bantuan lebih daripada RM2,000. Kita sekarang bagi RM2,600.
“Jadi kalau kes harga barang naik lagi dan masih tak selesai, BKM Fasa Ketiga, Fasa Keempat, (jika) ada lagi, mungkin kita akan bagi tambah lagi peruntukan untuk kesenangan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kenduri Rakyat bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Siri Kelima di Litar Dato’ Sagor, dekat sini pada Ahad.
Hadir sama, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Pada 22 Jun lepas Perdana Menteri mengumumkan bantuan tunai tambahan di bawah BKM iaitu RM100 untuk isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang setelah kerajaan mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini.
BKM Fasa 2 ditambah baik dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta, menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8.2 bilion.
Topic Berkaitan
#Bantuan Keluarga Malaysia
#BKM dinaikkan
#Perdana Menteri
#beban rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan