awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan tunai BUDI Diesel dinaikkan kepada RM300 mulai 17 Mac

Astro AWANI
Astro AWANI
26/03/2026
00:56 MYT
Bantuan tunai BUDI Diesel dinaikkan kepada RM300 mulai 17 Mac
Kerajaan mengumumkan peningkatan bantuan tunai secara interim bagi penerima BUDI Diesel Individu dan BUDI Diesel Agri-Komoditi, daripada RM200 kepada RM300.
Kerajaan mengumumkan peningkatan bantuan tunai secara interim bagi penerima BUDI Diesel Individu dan BUDI Diesel Agri-Komoditi, daripada RM200 kepada RM300.
Kementerian Kewangan dalam makluman di media sosialnya memaklumkan, pengumuman itu melibatkan tambahan sebanyak RM100 bagi setiap penerima mulai 17 Mac 2026.
Menurut MOF, ia sebagai langkah segera kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan pengguna diesel, khususnya susulan kenaikan harga minyak global.
Bantuan BUDI Diesel merupakan inisiatif kerajaan untuk menyasarkan subsidi secara lebih bersasar kepada individu dan sektor agri-komoditi yang bergantung kepada penggunaan diesel, termasuk petani, pekebun kecil dan pengusaha berkaitan rantaian makanan.
Pada Rabu, MOF memaklumkan bahawa harga baharu bahan api itu dinaikkan kepada RM5.52 seliter untuk Semenanjung Malaysia, dan kekal RM2.15 seliter bagi Sabah, Sarawak dan Labuan bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026.
Kerajaan turut menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan kebajikan rakyat terus dilindungi, di samping mengekalkan keseimbangan fiskal negara dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menentu.
Topic Berkaitan
#BUDI Diesel
#bantuan tunai
#harga minyak global
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan