awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
Pengawal keselamatan maut dipukul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bar jemput 'Thai Hot Guy' tiada lesen hiburan, lesen restoran tamat tempoh

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/03/2023
04:20 MYT
Bar jemput 'Thai Hot Guy' tiada lesen hiburan, lesen restoran tamat tempoh
Sebuah bar baharu di Kuala Lumpur sebelum ini menyiarkan poster pelancaran mereka di media sosial menggunakan model Thai Hot Guy. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan sebuah bar kontroversi yang mahu menganjurkan pembukaan rasmi di Jalan Tun Razak, ibu negara, tidak mempunyai lesen hiburan atau permohonan menjalankan aktiviti hiburan.
Menurut Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin, siasatan DBKL itu juga mendapati, premis tersebut adalah dilesenkan sebagai restoran kepada syarikat Beijing 9 Sdn Bhd namun lesen tersebut telah tamat pada 4 Februari 2021.
"Justeru itu, DBKL juga dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan syarat-syarat oleh penganjur," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Sebuah bar baharu di Kuala Lumpur sebelum ini menyiarkan poster pelancaran mereka di media sosial menggunakan model Thai Hot Guy yang merupakan tetamu undangan penghias poster.
Tindakan tersebut membangkitkan kemarahan orang ramai yang mengkritik tindakan tersebut sehingga memaksa penganjur menutup ruangan komen mereka di Facebook.
Topic Berkaitan
#Thai Hot Guy
#Puasa 2023
#DBKL
#lesen hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan