awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batu besar hempap enam buah motosikal di Gua Kelam

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
01/05/2024
13:27 MYT
Batu besar hempap enam buah motosikal di Gua Kelam
Ag Shaffie berkata, ini merupakan kejadian kali pertama berlaku sejak 10 tahun lalu. - Gambar Astro AWANI
PADANG BESAR: Enam motosikal mengalami kerosakan selepas dihempap batu besar dalam kejadian di Gua Kelam, Pekan Kaki Bukit, di sini pada Rabu.
Pengarah Perhutanan Negeri Perlis, Ag Shaffie Ag Ahmadni berkata, kawasan berkenaan terletak di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan lokasi kejadian terletak sekitar 30 meter di sebelah kanan pintu masuk Gua Kelam yang juga adalah tapak parkir motosikal orang awam.
“Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu mengakibatkan enam motosikal yang di parkir di kawasan Kompleks Ekopelancongan rosak teruk.
"Kejadian runtuhan batu di kawasan gua itu berlaku dari ketinggian antara 10 hingga 20 meter dipercayai disebabkan kejadian semulajadi akibat proses luluhawa iaitu satu proses penyepaian, pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan di kawasan gua itu.
"Mujur ketika kejadian tiada pengunjung dan tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Ag Shaffie berkata, ini merupakan kejadian kali pertama berlaku sejak 10 tahun lalu.
Katanya, bagi langkah keselamatan, pihaknya sudah pun menutup menutup serta merta buat sementara waktu aktiviti memasuki Gua Kelam sehingga diberitahu kelak.
"Namun begitu, penutupan itu tidak menjejaskan lokasi lain seperti aktiviti mandi manda, pameran galeri serta Rumah Cermin yang terus dibuka kepada pengunjung.
"Sehubungan itu, satu kajian lanjut akan diselaraskan bersama pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk menilai kawasan tebing bukit sekitar kawasan Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam," katanya.
Topic Berkaitan
#tebung bukit
#Rumah Cermin
#gua kelam
#kemalangan jiwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan