awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
Pengawal keselamatan maut dipukul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran cukai berlebihan tidak boleh digunakan untuk liabiliti akan datang - Lim

Bernama
Bernama
03/11/2025
14:40 MYT
Bayaran cukai berlebihan tidak boleh digunakan untuk liabiliti akan datang - Lim
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak membenarkan syarikat mengimbangi pembayaran cukai berlebihan terhadap liabiliti cukai masa hadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak membenarkan syarikat mengimbangi pembayaran cukai berlebihan terhadap liabiliti cukai masa hadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Sebaliknya, beliau berkata syarikat-syarikat kini dibenarkan menyemak semula anggaran cukai mereka pada bulan ke-11, berbanding pada bulan keenam, kesembilan atau kedua-duanya.
"Melalui semakan ini, pembayar cukai boleh meminda anggaran cukai berdasarkan kepada tuntutan sebenar liabiliti cukai mereka.
"Melalui anggaran cukai yang lebih hampir dengan cukai sebenar, maka ia dapat meminimakan situasi pembayar cukai membuat bayaran yang lebih tinggi," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai isu kelewatan pembayaran balik cukai kepada syarikat pada sesi Kamar Khas Parlimen, hari ini.
Selain itu, Lim berkata LHDN juga memberi keutamaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat yang mengalami masalah aliran tunai.
Katanya agensi itu juga melaksanakan beberapa strategi untuk memperkukuh dan memperkemas proses pembayaran balik cukai bagi memastikan peruntukan diagihkan secara adil dan cekap, dengan mengutamakan kes tertunggak yang lebih lama.
"Antara langkah yang diperkenalkan ialah penerapan konsep First In, First Out (FIFO), membolehkan tuntutan bayaran balik yang lebih lama diproses terlebih dahulu.
"Bayaran balik juga diagihkan secara seimbang berdasarkan usia tuntutan tertunggak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lim Hui Ying
#Kementerian Kewangan
#LHDN
#pembayaran cukai berlebihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan